Nicaragua putuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan

Bernama
Disember 10, 2021 11:57 MYT
Kerajaan Republik Nicaragua mengisytiharkan bahawa ia mengiktiraf hanya terdapat satu negara China di dunia. - Gambar REUTERS/Sarah Wu
SAN JOSE: Kementerian Luar Nicaragua pada Khamis mengumumkan negara itu memutuskan "hubungan diplomatik" dengan Taiwan, lapor Xinhua.
"Kerajaan Republik Nicaragua mengisytiharkan bahawa ia mengiktiraf hanya terdapat satu negara China di dunia," kata Kementerian Luar dalam satu pengumuman yang disiarkan di Managua.
"Republik Rakyat China adalah satu-satunya kerajaan yang sah yang mewakili seluruh China dan Taiwan adalah bahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada wilayah China," menurut pengumuman itu.
"Kerajaan Republik Nicaragua hari ini memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan dan tidak lagi mempunyai sebarang hubungan atau hubungan rasmi," kata pengumuman itu.
-- BERNAMA
#Kementerian Luar Nicaragua #hubungan diplomatik dengan Taiwan #wilayah China #hubungan rasmi
;