Niat bunuh diri, padahnya satu hotel terbakar

Agensi
Disember 23, 2019 10:02 MYT
Angka kematian mungkin meningkat apabila 13 orang disahkan mengalami kecederaan serius akibat terhidu asap dan melecur. - Yonhap News
Sekurang-kurangnya dua maut manakala 31 lain cedera dalam kebakaran di sebuah motel di Gwangju, Korea Selatan.
Pihak berkuasa memaklumkan kebakaran yang berlaku jam 5.45 pagi itu berjaya dipadamkan dalam tempoh 22 minit.
Angka kematian mungkin meningkat apabila 13 orang disahkan mengalami kecederaan serius akibat terhidu asap dan melecur.
Ketika kejadian, majoriti 32 bilik di kemudahan lima tingkat di motel yang terletak di utara bandar Korea Selatan itu penuh dengan pelanggan.
Polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun dikenali dengan nama Kim yang disyaki memulakan kebakaran.
Suspek kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital dan keadaannya dilaporkan stabil.
Menurut Balai Polis Gwangju Bukbu, Kim mendaftar masuk di motel terbabit membakar katil dengan hasrat membunuh diri serta meninggalkan bangunan itu.
Bilik di mana kebakaran bermula terbakar sepenuhnya.
Polis berkata, siasatan itu terganggu disebabkan Kim terpaksa dipindahkan ke unit rawatan rapi akibat melecur dan terhidu asap.
#bunuh diri #cedera #Gwangju #hotel #kebakaran #Korea Selatan #motel #siasatan #suspek
;