Nguyen Phu Trong, Presiden baharu Vietnam
Sinar Harian
Oktober 23, 2018 05:13 MYT
Oktober 23, 2018 05:13 MYT
Parlimen Vietnam pada Selasa melantik Ketua Parti Komunis, Nguyen Phu Trong yang merupakan calon tunggal sebagai presiden baharu negara itu.
Pelantikan itu dibuat selepas beliau memperoleh 99.8 peratus undi sokongan daripada 477 ahli parlimen kira-kira sebulan selepas pendahulunya meninggal dunia.
Phu Trong, 74 tahun, bagaimanapun akan mengekalkan jawatannya sebagai ketua parti, sekali gus menjadi individu pertama memegang dua peranan penting sejak pemerintahan pemimpin revolusi, Ho Chi Minh pada akhir 1960-an.
"Saya, presiden Vietnam berikrar untuk benar-benar setia kepada negara, rakyat dan Perlembagaan.
"Ia adalah penghormatan yang sangat besar dan dalam masa sama tanggungjawab berat buat saya," katanya ketika majlis angkat sumpah jawatan. - Agensi