Ngeri... 2 wanita nyaris maut buaian ekstrem terputus pada ketinggian hampir 2,000 meter

Nickyson Nyambar
Julai 19, 2021 22:49 MYT
Video yang tular itu menunjukkan orang ramai bersorak setiap kali dua wanita itu diayun ke udara sebelum semuanya bertukar kepada jeritan ketakutan. - Gambar/ Media sosial
DUA wanita nyaris maut apabila tali buaian ekstrem yang dinaiki di atas bukit di Sulak Canyon di Republik Dagestan, Rusia terputus.
Rakaman video kejadian itu yang tular memaparkan mereka menaiki buaian sebelum talinya terputus akibat terhentak pada tiang ayunan di tebing berketinggian 1,920 meter sebelum ia terjatuh ke gaung.
Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dilaporkan terselamat dan hanya mengalami cedera ringan selain trauma akibat kejadian itu.
Memetik sumber The Indian Express, mangsa terselamat apabila terjatuh atas sebuah pelantar kayu kecil yang dibina untuk mengurangkan impak hentaman jika sebarang kejadian tidak diingini seperti ini berlaku.

Moment two women fell off a 6000-Ft cliff swing over the Sulak Canyon in Dagestan, Russia. Both women landed on a narrow decking platform under the edge of the cliff & miraculously survived with minor scratches. Police have launched an investigation. pic.twitter.com/oIO9Cfk0Bx

— UncleRandom (@Random_Uncle_UK) July 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, video yang tular itu menunjukkan orang ramai bersorak setiap kali dua wanita itu diayun ke udara sebelum semuanya bertukar kepada jeritan ketakutan.
Susulan kejadian, pihak polis melancarkan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian di kawasan tarikan pelancong itu.
Ini termasuk untuk mengenal pasti sekiranya aktiviti itu mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan buat pengunjung.
#insiden kemalangan #video tular #Rusia #Buaian terjatuh #tebing #Sulak Canyon #Republik Dagestan
;