New Zealand sahkan dua kes cacar monyet
Bernama
Oktober 6, 2022 05:45 MYT
Oktober 6, 2022 05:45 MYT
WELLINGTON: New Zealand mengesahkan dua kes penularan pertama cacar monyet dalam komuniti pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 11.
Dua kes baharu itu dikenal pasti sebagai penularan komuniti, iaitu tular di New Zealand, berbanding semua kes lain yang dijangkiti di luar negara, menurut kenyataan bersama Kementerian Kesihatan dan Kesihatan New Zealand.
Risiko penularan penyakit itu secara umumnya kekal sangat rendah dan dua kes baharu itu merupakan kes terpencil yang berlaku di Auckland.
"Ini sudah dijangkakan namun jumlahnya berkemungkinan kekal rendah," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA