New Zealand lulus undang-undang benarkan cuti keguguran
Astro Awani
Mac 25, 2021 17:34 MYT
Mac 25, 2021 17:34 MYT
NEW ZEALAND: Parlimen New Zealand meluluskan undang-undang yang memberi hak kepada ibu yang bekerja dan pasangan mereka cuti bergaji setelah mengalami keguguran atau kelahiran mati.
Dengan kebenaran itu, ia menjadi sebagai salah satu peruntukan pertama seumpamanya di dunia.
Elaun kematian itu diluluskan sebulat suara Parlimen pada Rabu dengan memberikan cuti bergaji selama tiga hari apabila berlaku keguguran atau kematian kelahiran berbanding penggunaan cuti sakit sebelum ini.
Penggubal dasar, Ginny Anderson berkata, kematian kelahiran perlu diletakkan di bawah cuti kematian walaupun mengakui stigma mengenai isu berkenaan sukar dikekang.
"Kesedihan yang disebabkan oleh keguguran bukanlah penyakit, ia adalah suatu kerugian, dan kerugian itu memerlukan masa untuk pulih secara fizikal dan mental," katanya di Parlimen negara itu.
Andersen berkata, undang-undang itu adalah antara usaha New Zealand untuk terus mengiktiraf hak wanita terutama mengenai hak bersuara, gaji yang setara dan diskriminasi terhadap keguguran.