New Zealand larang penggunaan senjata api separa automatik, rifel

Bernama
Mac 21, 2019 12:49 MYT
Ardern (gambar) berkata, peralatan untuk menghasilkan senjata api separa automatik dan rifel juga tidak dibenarkan, selain penerbitan semua majalah mengenai senjata api. - Gambar fail
Kerajaan New Zealand memutuskan melarang penggunaan senjata api separa automatik dan rifel, susulan serangan keganasan di dua masjid di Christchurch, lapor agensi berita Sputnik.
Larangan itu diumumkan Perdana Menteri, Jacinda Ardern pada Khamis.
"Kabinet bersetuju mengkaji semula undang-undang mengenai senjata api pada Isnin, 72 jam selepas serangan keganasan mengerikan di Christchurch.
"Selepas enam hari tragedi berlaku, kami mengumumkan larangan terhadap semua senjata separa automatik dan rifel di New Zealand.
"Peralatan untuk menghasilkan senjata api jenis itu juga tidak dibenarkan, selain penerbitan semua kelopak mengenai senjata api," kata Ardern dalam satu kenyataan di laman web kerajaan.
BACA: Undang-undang senjata api New Zealand akan dipinda
Semua senjata api separa automatik seperti yang digunakan semasa serangan pengganas pada Jumaat 15 Mac lalu akan diharamkan, tegas beliau.
BACA: Suspek beli senjata api dari laman web
-- BERNAMA
#Christchurch #haram #Jacinda Ardern #kabinet #kaji semula #keganasan #kerajaan #larangan #majalah #New Zealand #penerbitan #pengganas #rifel #senjata api #separa automatik #serangan #undang-undang
;