New Zealand dilanda gempa 5.9 magnitud
Astro Awani
November 24, 2019 09:16 MYT
November 24, 2019 09:16 MYT
New Zealand dilanda gempa bumi berkekuatan sederhana awal pagi tadi.
Gempa 5.9 magnitud pada skala Richter yang dirasai ribuan penduduk itu dikesan berpusat di kawasan Bay of Plenty di bahagian utara.
Menurut laporan agensi GeoNet, gempa melanda di perairan negara jam 5.34 pagi kira-kira 50km barat laut Te Kaha, dekat Ōpōtiki pada kedalaman 115km.
Tiada laporan kerosakan atau kematian diterima susulan gempa yang pada awalnya dilapor berkekuatan 5.3 magnitud.