New Zealand: China terajui senarai import kenderaan elektrik

Bernama
Mei 2, 2023 12:57 MYT
Import kenderaan elektrik meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh 12 bulan hingga Mac 2023 di New Zealand.- Fail/Unsplash
WELLINGTON: China menerajui senarai negara pengimport kenderaan elektrik ke New Zealand apabila menguasai 58 peratus nilai import dalam tempoh 12 bulan hingga Mac 2023, menurut data yang dikeluarkan oleh jabatan statistik, Stats NZ, pada Selasa .
Senarai itu diikuti negara Korea Selatan, Kesatuan Eropah dan Jepun.
"Apabila import kenderaan elektrik meningkat, kami melihat kepelbagaian bekalan, semakin banyak pengeluar mengeluarkan model elektrik," kata pengurus perdagangan antarabangsa Stats NZ, Al Allen.
Import kenderaan elektrik meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh 12 bulan hingga Mac 2023, menurut Stats NZ.
Jumlah nilai kenderaan bermotor penumpang yang diimport dalam tempoh yang sama ialah 6.8 bilion dolar NZ (US$4.2 bilion) -- meningkat 13 peratus berbanding tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
#kenderaan elektrik #New Zealand #China #pengimport utama