New Zealand catat korban pertama COVID-19
Astro Awani
Mac 29, 2020 18:23 MYT
Mac 29, 2020 18:23 MYT
New Zealand mencatatkan kematian pertama akibat COVID-19 pada Ahad, ujar Ketua Pengarah Kesihatannya, Ashley Bloomfield.
Ia melibatkan seorang wanita warga emas berusia lingkungan 70-an yang sebelum ini disyaki mengalami jangkitan Influenza.
Wanita itu turut mempunyai kesihatan kronik yang lain dan meninggal dunia di Grey Base Hospital.
"Apa yang kita lihat seluruh dunia, kematian akibat COVID-19 adalah melibatkan warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik.
"Hasil daripada diagnosis awal influenza pada pesakit ini dan pengesahan berikutnya COVID-19 beberapa hari kemudian, kakitangan merawat wanita menggunakan peralatan perlindungan yang sesuai untuk influenza tetapi bukan untuk COVID-19," katanya dalam satu sidang media.
Tambahnya, sebaik sahaja pesakit berkenaan didiagnos positif COVID-19, kakitangan mengambil pelbagai langkah untuk melindungi diri mereka dan pesakit lain sebagai pendekatan berjaga-jaga.
"Pada masa sama, 21 kakitangan diarah kuarantin selama 14 hari memandangkan merka adalah orang terakhir telah berhubung dengan pesakit," tambahnya.
#coronavirus
#COVID19
#Hospital
#kesihatan
#koronavirus
#Media
#meninggal dunia
#New Zealand
#wanita
#warga emas