New Zealand catat kes sifar COVID-19 untuk dua hari berturut-turut

Agensi
Mei 13, 2020 18:55 MYT
Perdana Menteri, Jacinda Ardern menjelaskan, negara itu kini menghadapi situasi ekonomi paling mencabar sejak krisis 'Great Depression' akibat COVID-19. - Reuters
New Zealand mencatatkan kes sifar COVID-19 bagi dua hari berturut-turut pada Rabu, yang juga merupakan hari keempat tanpa kes sejak awal minggu lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Ashley Bloomfield menjelaskan, ia merupakan petanda baik ketika negara itu sedang bersedia melonggarkan sekatan perintah berkurung bermula tengah malam.
Beberapa operasi perniagaan, termasuk pusat beli-belah, kedai runcit dan restoran dibenarkan dibuka semula.
Bagaimanapun, peraturan penjarakan sosial akan tetap dikenakan dan perhimpunan hanya terhad kepada 10 orang pada satu-satu masa.
Penarikan semula arahan perintah berkurung itu selaras dengan pengumuman pelan ekonomi tahunan kerajaan pada Khamis.
Perdana Menteri, Jacinda Ardern menjelaskan, negara itu kini menghadapi situasi ekonomi paling mencabar sejak krisis 'Great Depression' akibat COVID-19.
Untuk rekod, jumlah kes COVID-19 di New Zealand masih kekal pada 1,497 kes.
BACA: New Zealand umum buka semula ekonomi dan sesi persekolahan
BACA: New Zealand, Australia komited teruskan perjalanan antara dua negara
#COVID-19 #ekonomi #Jacinda Ardern #kerajaan #kesihatan #koronavirus #New Zealand #Perdana Menteri
;