New Zealand bertafakur, siar azan seluruh negara Jumaat ini
Agensi
Mac 20, 2019 19:07 MYT
Mac 20, 2019 19:07 MYT
Sesi bertafakur selama dua minit (two-minute silence) akan diadakan Jumaat ini di New Zealand sebagai memperingati mangsa yang terkorban dalam tragedi serangan di dua masjid di Christchurch, minggu lalu.
Memetik laporan portal TVNZ, selain itu laungan azan juga akan disiarkan menerusi televisyen dan radio di seluruh negara itu.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata, ia merupakan tanda sokongan kepada umat Islam di sana untuk kembali ke masjid.
"Saya tahu ada banyak pihak mempunyai hasrat untuk menunjukkan sokongan kepada masyarakat Islam untuk kembali ke masjid, terutama hari Jumaat.
"Bagi menghebahkan kegiatan bertafakur dua minit pada hari Jumaat. Kami juga akan menyiarkan laungan azan ke seluruh negara di TVNZ dan RadioNZ," katanya dalam satu sidang media pada Rabu.
Menurut Ardern, masa tuntuk sesi bertafakur serta penyiaran azan itu akan ditentukan tidak lama lagi.
Ardern juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang pantas bertindak dalam membantu mangsa pada hari insiden tersebut yang mengorbankan 50 nyawa itu.
#bertafakur
#Christchurch
#Christchurch mosque attack
#Jacinda Ardern
#New Zealand
#serangan di dua masjid di Christchurch
#Tragedi Solat Jumaat
#two-minute silence