New Zealand Berkabung: PM New Zealand Jacinda Ardern terima ugutan bunuh
Astro Awani
Mac 22, 2019 16:40 MYT
Mac 22, 2019 16:40 MYT
Portal NEWSHUB New Zealand hari ini melaporkan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menerima ugutan bunuh di media sosial.
Ugutan itu disampaikan menerusi sebuah akaun Twitter dengan mesej “You are next” (kamu seterusnya) bersama dengan gambar senjata dan Ardern, sementara sebuah lagi mesej pula meletakkan gambar Ardern dan polis.
Posting tersebut dibuat dua hari lepas dan akaun itu sudahpun digantung Twitter sekitar jam 4 petang waktu tempatan pada hari Jumaat.
Pejabat Perdana Menteri menyatakan tindakan proaktif syarikat media sosial itu telah memadam kandungan itu kerana ia mengandungi unsur yang melanggar undang-undang.
Antara kandungannya adalah ucapan anti-Islam dan ucapan kebencian supremasi kulit putih.
Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang pengganas telah melepaskan tembakan sewaktu solat Jumaat di dua masjid di bandaraya Christchurch, mengorbankan 50 orang.