The New York Times saman OpenAI, Microsoft

Astro Awani
Disember 28, 2023 09:00 MYT
The Times tidak menuntut jumlah ganti rugi khusus, tetapi akhbar berusia 172 tahun itu menganggarkan kerosakan dalam jumlah berbilion dolar. - Foto AP
NEW YORK: Organisasi media Amerika Syarikat (AS), The New York Times menyaman OpenAI dan Microsoft pada Rabu dan mendakwa perisian AI berkenaan menggunakan jutaan artikel akhbar itu tanpa kebenaran untuk membantu melatih teknologi kecerdasan buatan AI (Chatbot) memberikan maklumat kepada pembaca.
The Times menambah, ia adalah organisasi media utama AS yang pertama menyaman OpenAI dan Microsoft, yang mencipta platform kecerdasan buatan popular seperti ChatGPT dan Bing Chat, kini dikenali sebagai Copilot, berhubung isu hak cipta yang dikaitkan dengan karyanya.
Aduan akhbar yang difailkan di Mahkamah Persekutuan Manhattan menuduh OpenAI dan Microsoft cuba mengambil kesempatan terhadap pelaburan besar The Times dalam kewartawanannya dengan menggunakannya untuk menyediakan cara alternatif untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca.
Selain itu, The Times tidak menuntut jumlah ganti rugi khusus, tetapi akhbar berusia 172 tahun itu menganggarkan kerosakan dalam jumlah berbilion dolar.
Ia juga memohon syarikat memusnahkan model Chatbot dan set latihan yang menggabungkan bahannya.
Syarikat AI mengikis maklumat dalam talian untuk melatih Chatbot AI Generatif dan telah menarik pelaburan berbilion dolar.
Pelabur telah mendakwa nilai pelaburan OpenAI kini berada pada paras lebih daripada AS$80 bilion.
Sementara itu beberapa penulis dan novelis terkemuka termasuk David Baldacci, Jonathan Franzen, John Grisham dan Scott Turow juga telah menyaman OpenAI dan Microsoft di Mahkamah Manhattan dengan dakwaan sistem AI mungkin telah memilih bersama puluhan ribu buku mereka.
Julai lalu, pelawak Sarah Silverman dan pengarang lain menyaman OpenAI dan platform Meta di San Francisco kerana telah "menelan" karya mereka, termasuk buku Silverman yang diterbitkan pada tahun 2010 berjudul 'The Bedwetter'.
The Times berkata kelakuan sedemikian mengancam kewartawanan berkualiti tinggi dengan mengurangkan keperluan pembaca untuk melawati laman sesawangnya, mengurangkan trafik dan berpotensi mengurangkan pendapatan pengiklanan dan langganan.
#The New York Times #saman #OpenAI #Microsoft
;