New York, Singapura bandar raya paling mahal untuk dihuni

Faida Rahim
Disember 2, 2022 14:00 MYT
Lonjakan inflasi antara faktor New York dan Singapura dalam senarai bandar raya paling mahal untuk dihuni. - PEXELS
NEW YORK: Bandar New York dan Singapura muncul sebagai lokasi paling mahal untuk dihuni pada tahun 2022.
Memetik laporan Guardian, lonjakan inflasi antara faktor dua bandar raya itu dalam senarai bandar raya paling mahal.
Dalam pada itu, Tel Aviv yang muncul sebagai bandar paling mahal di dunia tahun lalu jatuh ke tangga ketiga tahun ini.
Kedudukan terbaru itu adalah berdasarkan Indeks Kos Sara Hidup Seluruh Dunia yang dikeluarkan Unit Perisikan The Economist (EIU), berpangkalan di London.
Ibu kota Venezuela, Caracas, menyaksikan peningkatan harga sebanyak 132 peratus pada 2022, turun jauh daripada kadar hiperinflasi 2019 lebih daripada 25,000 peratus tetapi masih terlalu tinggi untuk dimasukkan dalam tinjauan.
Tokyo dan Osaka Jepun menyaksikan penurunan terbesar, masing-masing menduduki tempat ke-37 dan ke-43, turun daripada tangga ke-13 dan ke-10 pada 2021.
Moscow dan Saint Petersburg di Russia masing-masing naik 88 dan 70 tangga akibat lonjakan harga di tengah-tengah sekatan negara Barat serta pasaran tenaga yang didorong oleh mata wang Rouble.
Upasana Dutt, yang mengetuai penyelidikan itu berkata, perang di Ukraine, sekatan Barat ke atas Rusia dan dasar sifar COVID-19 China menyebabkan masalah rantaian bekalan, yang digabungkan dengan kenaikan kadar faedah dan peralihan kadar pertukaran, selali gus mengakibatkan krisis kehidupan di seluruh dunia.
"Kita dapat melihat dengan jelas impak dalam indeks tahun ini, dengan purata kenaikan harga di 172 bandar dalam tinjauan kita juga adalah yang paling kukuh yang lihat dalam tempoh 20 tahun di mana kita mempunyai data digital," katanya.
#Jepun #New York #Singapura #bandar paling mahal
;