New York muktamad undang-undang benar jualan ganja

Astro Awani
Mac 29, 2021 06:23 MYT
Tanaman ganja di GB Sciences Louisiana, di Baton Rouge, Louisiana, 6 Ogos, 2019. (Foto AP)
NEW York memuktamadkan undang-undang untuk membenarkan penjualan ganja bagi tujuan rekreasi kepada individu berusia 21 tahun ke atas.
Persetujuan yang dicapai penggubal undang-undang pada Sabtu itu akan memperluaskan program ganja bagi tujuan perubatan.
Ia juga membuka jalan untuk mewujudkan sistem cukai dan perlesenan bagi penjualan rekreasi.
"Sudah tiba masanya," kata Elliot Choi, penasihat undang-undang di Vicente Sederberg LLP, sebuah firma undang-undang ganja yang mewakili pelanggan dalam industri itu.
"Usaha ke arah membenarkan penggunaan di kalangan dewasa telah sekian lama dibincangkan sejak tiga tahun lalu.
"Dan sekarang, ia sesuatu yang bagus apabila akhirnya mereka setuju dengan semua isu yang dibangkitkan sebelum ini," katanya.
Ahli Parlimen dijangka mengundi untuk meluluskan rang undang-undang tersebut pada Selasa.
Sudah bertahun-tahun para penggubal undang-undang cuba mencapai kesepakatan mengenai cara menghalalkan ganja rekreasi di New York.
Pentadbiran Gabenor Andrew Cuomo menganggarkan perkara ini akan memakan kos sekitar AS$350 juta setiap tahun.
#ganja #perubatan #rekreasi #cukai #lesen #undang-undang #New York #AS #WHO #Elliot Choi #ahli Parlimen #Rang Undang-Undang #Andrew Cuomo
;