New York melancarkan servis perkongsian basikal

AFP
Mei 28, 2013 10:28 MYT
Bandaraya New York telah melancarkan satu program perkongsian basikal terbesar di dunia, selepas ianya dilancarkan di Paris, Montreal, London dan Barcelona.
Penduduk New York kini boleh bergerak menggunakan 6,000 buah “Citi Bikes” berwarna biru yang terdapat di sekitar 333 buah stesen di Manhattan dan Brooklyn – fasa pertama yang sepatutnya merangkumi 10,000 buah basikal di 600 buah stesen.
Keadaan trafik yang tidak begitu sibuk berikutan cuti bersempena Hari Peringatan merupakan kondisi yang sesuai untuk mencuba servis tersebut.
Pihak penganjur berkata lebih 6,000 perjalanan berasingan telah dilakukan, dengan jumlah perjalanan sebanyak 13,750 batu (22,000 kilometers).
Seramai 14,000 penduduk New York telah membayar yuran tahunan sebanyak $103 (RM310) untuk membolehkan mereka menunggang basikal selama 45 minit. Pelan harian dan mingguan juga akan dilaksanakan bermula 2 Jun.
Alex Nash yang telah berbasikal ke Union Square menggunakan “Citi Bike” pada 8:30 pagi berkata, dia sangat teruja dengan pengalaman tersebut.
“Untuk memulakannya merupakan sesuatu yang agak sukar… Tetapi ia sangat menyeronokkan. Saya menyukainya,” kata jurutera perisian tersebut.
Dia berkata dia ingin menggunakan program tersebut setiap hari.
Program yang telah menyebabkan perubahan terhadap aliran trafik, telah mencetuskan rungutan sesetengah penduduk New York yang melihat tempat meletak kenderaan hilang dan rak basikal yang tidak sempurna.
Terdapat perdebatan mengenai risiko oleh tahap lebih tinggi perkongsian jalan raya di kalangan kereta dan motosikal di bandar yang tidak mempunyai sifat sabar.
Datuk Bandar Michael Bloomberg yang melancarkan program tersebut pada Isnin bersama dengan Menteri Pengangkutan Janette Sadik-Khan, berkata kepada penunggang “adalah penting untuk berhati-hati’ di jalan raya bandaraya ini.
"Ia akan mengambil sedikit masa untuk pejalan kaki dan pemandu untuk membiasakan diri melihat beribu-ribu lagi basikal di jalan-jalan," kata Bloomberg.
Inisiatif ini beroperasi di bawah skim asas yang sama digunakan di bandar-bandar lain yang mempunyai program perkongsian basikal, dengan pengguna ditawarkan pelan harian, mingguan dan tahunan pada kadar yang berbeza-beza untuk tanpa had selama 30 hingga 45 minit tunggangan. Terdapat bayaran untuk tunggangan yang lebih lama.
Program ini telah ditaja oleh Citibank dan sepatutnya bermula pada Julai 2012 tetapi ditangguhkan sebanyak dua kali, kerana masalah logistic dan kemudiannya kerana sesetengah peralatan rosak sewaktu banjir Superstorm Sandy pada bulan Oktober.
Bandar tersebut telah menambah ratusan batu laluan basikal kebelakangan ini.
Program perkongsian basikal di New York akan menjadi program ketiga terbesar di dunia apabila mencapai tahap tertinggi, selepas tempat tumpuan pelancong Cina di Hangzhou yang mempunyai 60,000 buah basikal, dan Paris lebih 20,000 buah basikal.
Banyak bandar sekitar dunia telah melancarkan inisiatif sama termasuk Berlin, Boston, Brisbane, Hamburg, Melbourne, Mexico City, Milan, Munich, Stockholm, Tel Aviv dan Washington.
#bandar #basikal #trafik