New York City saman Facebook, TikTok, YouTube - didakwa mudarat kesihatan mental belia
Amanz
Februari 16, 2024 09:50 MYT
Februari 16, 2024 09:50 MYT
DATUK Bandaraya di New York City kini mengumumkan pentadbiran bandar berkenaan telah memfailkan saman ke atas sejumlah syarikat media sosial, termasuk Facebook, TikTok dan YouTube.
Saman ini difailkan dengan mengatakan perkhidmatan media sosial ini membawa kepada kemudaratan dan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia dan kanak-kanak.
Sebelum ini, beberapa saman turut difailkan, mengatakan perkhidmatan media sosial membuatkan perkhidmatan dan aplikasi mereka berbentuk ketagih dan para belia menghabiskan masa yang lama padanya.
Beberapa perkhidmatan media sosial menyatakan mereka menyediakan beberapa ciri-ciri kawalan, di samping turut bekerjasama dengan komuniti dalam mengekalkan keselamatan pada aplikasi berkenaan.
Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan perbicaraan kes ini kelak.