New Hampshire mulakan pengundian pilihan raya Presiden AS
Agensi
November 8, 2016 19:11 MYT
November 8, 2016 19:11 MYT
Sebuah pekan di New Hampshire iaitu Dixville Notch diberi penghormatan untuk merasmikan pengundian Pilihan raya presiden Amerika Syarikat secara simboliknya sejak tahun 1960.
Clay Smith adalah orang pertama daripada tujuh penduduk yang membuang undi, termasuk lima lelaki dan dua wanita pada malam Selasa, manakala penduduk kelapan dikira sebagai undi tidak hadir.
Keputusan diumumkan dalam beberapa minit selepas itu dengan calon Demokrat Hillary Clinton mengalahkan saingan Republikan, Donald Trump dengan kiraan empat kepada dua.
Sementara itu, calon Libertarian Gary Johnson memenangi satu undi dan terdapat satu undi masuk untuk Mitt Romney, Republikan yang tewas kepada Presiden Barack Obama pada tahun 2012.
Dua pekan lain di New Hampshire juga membuang undi pada malam yang sama.
Pengundian bermula seawal jam 6 pagi (1100 GMT) di beberapa negeri sebelah timur Amerika Syarikat.