Netizen berduka dua nama gah bidang sastera meninggal dunia
Syafique Shuib
Februari 20, 2016 13:38 MYT
Februari 20, 2016 13:38 MYT
NETIZEN menzahirkan kesedihan apabila dua nama besar dalam dunia sastera – Harper Lee dan Umberto Eco – meninggal dunia pada hari yang sama.
Nama Harper Lee sinonim dengan novel ‘To Kill A Mockingbird’ manakala Umberto Eco terkenal dengan karya ‘The Name of the Rose’.
Netizen berkata karya kedua-dua penulis tersohor itu memberikan impak yang besar kepada mereka, selain daripada menjadi sebahagian daripada kehidupan akademik mereka
Mereka turut berkata karya mereka banyak memberikan inspirasi dalam kehidupan mereka.
Karya Lee pada 1960 -- yang berjaya meraih anugerah Pulitzer -- menyentuh isu ketidakadilan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa pada era kemerosotan di bahagian selatan dan menjadi bacaan standard di dalam kelas di seluruh dunia.
Eco dilahirkan pada tahun 1932, dan diiktiraf sebagai salah satu penulis hebat dalam kesusasteraan moden Itali.