Netanyahu nekad selamatkan lebih ramai tebusan

Agensi
Jun 9, 2024 10:00 MYT
Benjamin Netanyahu bertemu dengan empat tebusan Israel yang di selamatkan di Gaza dalam operasi ketenteraan pada Sabtu.
RAMAT GAN: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bertemu dengan empat tebusan Israel yang di selamatkan di Gaza dalam operasi ketenteraan pada Sabtu.
Menyifatkan hari berkenaan adalah sebagai hari yang penuh emosi, Netanyahu nekad akan membawa balik semua baki 120 tebusan yang masih dalam kawalan Hamas.
“Israel baru sahaja melakukan operasi penyelamatan yang luar biasa terhadap empat tebusan yang ditahan oleh Hamas.
“Kami komited untuk membebaskan semua tebusan dan kami mengharapkan Hamas membebaskan mereka semua. Tetapi jika mereka tidak bebaskan, kami akan melakukan apa sahaja untuk membawa mereka semua pulang.
“Hamas melakukan jenayah perang setiap hari termasuk menahan tebusan ini. Askar kita melakukan dengan cara yang paling sah dan bermoral untuk menamatkan perang ini dengan kemenangan melawan pembunuh ini, kita lawan penculik ini dan kita akan menang,” katanya dalam satu sidang media sebaik melawat keempat-empat tawanan di Pusat Perubatan Sheba di Ramat Gan, Israel
Bagaimanapun, Netanyahu tidak mengulas mengenai 210 rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara di kawasan yang sama.
Menurut pegawai Hamas, ia merupakan satu serangan paling berdarah Israel sepanjang konflik selama berlangsung.
#Benjamin Netanyahu #Hamas #Israel #Palestin #tebusan
;