Netanyahu nafi sasar UNIFIL

Astro Awani
Oktober 15, 2024 08:00 MYT
Netanyahu menyatakan bahawa tentera Israel berusaha keras untuk mengelak anggota UNIFIL semasa menyerang pejuang Hezbollah. - Foto fail/REUTERS
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menafikan tuduhan bahawa tentera Israel sengaja menyasarkan pasukan pengaman UNIFIL di Lubnan dan penyifatkan tuduhan itu sebagai "tidak berasas".
Beliau juga sekali lagi menyeru pengunduran pasukan UNIFIL dari zon pertempuran.
Netanyahu menyatakan bahawa tentera Israel berusaha keras untuk mengelak anggota UNIFIL semasa menyerang pejuang Hezbollah.
Namun, beliau menegaskan bahawa langkah terbaik untuk menjamin keselamatan anggota UNIFIL adalah dengan mematuhi permintaan Israel untuk berundur sementara dari kawasan bahaya.
Sementara itu, jurucakap misi UNIFIL, dalam mesej video di platform X, menegaskan bahawa pasukan pengaman akan terus kekal di selatan Lubnan di bawah mandat Majlis Keselamatan.
Beliau menambah bahawa kehadiran panji antarabangsa dan bendera PBB di kawasan itu adalah penting.
Jurucakap UNIFIL, Andrea Tenenti, turut menyatakan bahawa beberapa serangan telah dilancarkan terhadap pasukan pengaman.
Beliau mengingatkan bahawa pihak-pihak terlibat mempunyai kewajipan untuk melindungi pasukan UNIFIL serta memastikan keselamatan dan perlindungan mereka.
#Benjamin Netanyahu #UNIFIL #Hezbollah #perang
;