Netanyahu lawat Gaza, berkeras tidak akan tamatkan perang

Agensi
Disember 26, 2023 08:45 MYT
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, tanpa segan melaksanakan lawatan ke Gaza untuk mengucapkan tahniah kepada tenteranya.
GAZA: Dalam perang berlanjutan di Gaza akibat rejim zionis, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, tanpa segan melaksanakan lawatan ke Gaza untuk mengucapkan tahniah kepada tenteranya.
Lawatan beliau dibuat selepas pegawai kesihatan Gaza melaporkan mogok semalaman di kawasan kejiranan di Gaza akibat serangan semalaman yang mengorbankan 70 nyawa rakyat Palestin.
Netanyahu dalam lawatannya diiringi Timbalan Ketua Kakitangan Mej. Jen. Amir Baram berikrar bahawa Israel akan memperhebatkan pertempuran.
Meskipun Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan angka kematian sudah melebihi 20 ribu orang.
Selain sudah mendapat tekanan daripada sekutu terdekatnya Amerika Syarikat supaya dihentikan perang.
“Kita tidak berhenti. Tiada sesiapa yang bercakap tentang berhenti – tidak ada perkara seperti itu.
“Kitai tidak kan berhenti. Peperangan akan diteruskan sehingga penghujungnya. Sehingga akhir. Sehingga kita menyelesaikannya. Saya tahu bahawa anda (tentera Israel) meninggalkan keluarga untuk berperang dan keluarga anda menyokong anda. Itu satu perkara menakjubkan. Itulah kuasa dan kunci kemenangan," kata Netanyahu.
Netanyahu dalam janjinya kepada tentera Israel di Gaza bahawa situasi pada 7 Oktober lalu tidak akan berulang semula.
Sehingga kini, Israel telah menggepung dan memusnahkan sebahagian besar Semenanjung Gaza. - Agensi
#Benjamin Netanyahu #Amerika Syarikat #Israel #Gaza