Netanyahu gagal raih majoriti besar kerusi Parlimen Israel

Astro Awani
September 18, 2019 02:31 MYT
Netanyahu gagal meraih majoriti besar kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum negara itu. -Gambar fail
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu gagal meraih majoriti besar kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum negara itu.
Tinjauan awal tiga stesen televisyen terbesar Israel menunjukkan undian kini berpihak kepada Parti Biru dan Putih di bawah pimpinan Benny Gantz dengan majoriti tipis.
Namun, kedua-dua parti masih gagal mengumpul 120 kerusi Parlimen tanpa sokongan Parti Yisrael Beitenu di bawah pimpinan Avigdor Lieberman.
Setakat ini, keputusan semasa beri bayangan bahawa ketiga-tiga parti akan bergabung untuk membentuk satu kerajaan perpaduan.
#Avigdor Lieberman #Benjamin Netanyahu #Benny Gantz #Kerajaan Perpaduan #Parti Yisrael Beitenu #Perdana Menteri Israel