Netanyahu bidas kenyataan Mahmoud Abbas

Agensi
Disember 13, 2017 06:05 MYT
Netanyahu memberi jaminan, selaku pemilik kota Baitulmaqdis, mereka akan melindungi kebebasan beribadah untuk semua agama. - Gambar fail
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Rabu menggesa Palestin agar berhenti bersikap seperti pengganas dan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai milik mereka.
Netanyahu juga berkata, rakyat Palestin kini harus bekerjasama untuk mencapai keamanan dan menolak keganasan.
Dalam kenyataan yang dibuat di sebuah agensi perisikan Mossad di sini, beliau turut memberi jaminan, selaku pemilik kota Baitulmaqdis, mereka akan melindungi kebebasan beribadah untuk semua agama.
Kenyataan Netanyahu itu dianggap membidas kenyataan Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turki.
Pemimpin Palestin itu berkata, Amerika Syarikat tidak layak untuk memeterai rundingan damai Timur Tengah, susulan pengumuman Presiden Donald Trump pada 7 Disember yang mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
BACA: Trump hancurkan kredibiliti AS - Palestin
BACA: PM Yahudi terus angkuh, mahu Palestin terima kenyataan Baitulmaqdis ibu negara Israel
#aman #Baitulmaqdis #Benjamin Netanyahu #Donald Trump #ganas #Israel #Mahmoud Abbas #oic #Palestin #Turki
;