Netanyahu berterima kasih pada Trump

APTN
Februari 24, 2018 04:45 MYT
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berterima kasih kepada Presiden AS, Donald Trump dan menyifatkan pengumuman itu sebagai satu perayaan kemerdekaan buat Israel dan rakyatnya. -Gambar fail/Reuters
Pengumuman mengenai pembukaan pejabat baharu kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis telah dibuat pada Jumaat lepas.
Menerusi pengumuman itu, pejabat baharu kedutaan AS itu akan dibuka pada Mei sempena sambutan ulang tahun ke-70 kemerdekaan Israel.
Susulan itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berterima kasih kepada Presiden AS, Donald Trump dan menyifatkan pengumuman itu sebagai satu perayaan kemerdekaan buat Israel dan rakyatnya.
Satu tindakan birokrasi yang dibuat oleh Washington selepas setiausaha kerajaan AS, Rex Tillerson menandatangani pelan keselamatan di bandar pertikaian terbabit.
Menerusi surat yang dihantar ke kongres, Jabatan Negara AS menyatakan pengisytiharan interim kemudahan di kedutaan terbabit akan dibuat bersempena dengan hari ulang tahun ke-70 kemerdekaan Israel yang disambut pada 14 Mei.
Israel mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada 14 Mei 1948.
#Baitulmaqdis #Benjamin Netanyahu #Donald Trump #Israel #rex tillerson #Tel Aviv
;