Netanyahu akan jawab isu tahap keselamatan Israel yang lemah sehingga dibolosi Hamas
Agensi
Oktober 25, 2023 07:45 MYT
Oktober 25, 2023 07:45 MYT
TEL AVIV: Buat pertama kali Benjamin Netanyahu mengakui akan memberikan penjelasan mengenai kelemahan tahap keselamatan Israel sehingga berjaya dibolosi pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.
Perdana Menteri Israel itu menyedari beliau akan diminta bertanggungjawab terhadap serangan Hamas sehingga menyebabkan 1,400 rakyat Israel terkorban.
“Kesilapan itu akan diteliti dan semua pihak berkepentingan harus menjawab, termasuk saya. Namun begitu, semua ini hanya akan terjadi kemudian,” ujar Netanyahu dalam kenyataan yang disiarkan secara langsung di televisyen.
“Sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab dalam menjamin masa depan negara kita,” tambah beliau. - Agensi