Nenek warga Australia dibebaskan

Agensi
November 26, 2019 17:12 MYT
Exposto sebelum ini terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2017 mendapati Exposto tidak bersalah menyeludup dadah ke Malaysia pada 2014. - Foto Reuters
Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan serta melepas dan membebaskan seorang nenek warga Australia yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati atas tuduhan mengedar dadah.
Peguam bela tertuduh, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan, sejurus selepas keputusan, Maria Elvira Pinto Exposto telah terus dibawa ke Jabatan Imigresen berikutan tempoh visanya yang telah tamat.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2017 mendapati Exposto tidak bersalah menyeludup dadah ke negara ini pada 2014.
Ketika itu Exposto ditahan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama 1.5 kilogram dadah jenis syabu yang didakwa tidak diketahui diletakkan di dalam begnya.
BACA: Nenek terlepas hukuman gantung sampai mati
Pihak pendakwaraya selepas itu telah membuat rayuan untuk perbicaraan semula dan Exposto dijatuhi hukuman mati sebelum peguamnya mengemukan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
Keputusan untuk menerima rayuannya telah dicapai dan Exposto dibenar dibebaskan hari ini.
#Australia #Mahkamah Perseketuan #Maria Elvira Pinto Exposto #nenek #Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
;