Nenek dera cucu, celup kaki dalam air panas

Agensi
Ogos 22, 2019 12:30 MYT
Kaki Kaylee melecur teruk akibat dicelup dalam air panas oleh pengasuh yang juga nenek tirinya. -Twitter Abby Kirk
Seorang wanita warga emas di Amerika Syarikat mengaku bersalah melakukan penderaan ke atas cucunya yang berusia 2 tahun dengan mencelup kaki kanak-kanak itu dalam air panas.
Jennifer Vaughn dalam pengakuan bersalahnya berkata dia melakukan perkara berkenaan kerana mengalami hari yang teruk.
Dia yang berasal dari Chattanooga, Tennessee didakwa melakukan penderaan terhadap Kaylee Robinson pada 11 Ogos lalu sehingga menyebabkan cucu tirinya melecur tahap ketiga pada kedua-dua belah kakinya.
Ibu Kaylee, Brittany Smith, memberitahu media bahawa Vaughn ketika menjaga anaknya tiba-tiba membuat panggilan dan memberitahu bahawa Kaylee cedera akibat melecur.
Vaughn meminta Smith untuk pulang dengan segera namun tidak memberitahu apa yang berlaku.

Pictures of 2-year-old Kaylee after surgery. Kaylees mother sent me these photos. She told me the damage to the childs skin was so bad that the skin grafts may not take. pic.twitter.com/XIN2JTzfUH

— Abby Kirk (@AbbyKirkNews) August 20, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setibanya di rumah, Smith mendapati anak perempuannya meraung kesakitan.
Kanak-kanak perempuan itu segera dibawa ke hospital di mana doktor pakar bertungkus-lumus menyelamatkan kakinya.
Nenek itu kemudian mengaku kepada polis bahawa dia mencelup kaki kanak-kanak itu dalam air panas sebagai hukuman kerana dia berasa ‘tidak seronok’ hari itu.
Menurut Smith, dia tidak tahu sama ada anaknya dapat berjalan semula atau tidak kerana Kaylee perlu menjalani dua pembedahan untuk diselamatkan.
Vaughn didakwa atas pertuduhan melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak dan boleh dihukum penjara sehingga 80 tahun.
#Brittany Smith #celup kaki dalam air panas #Chattanooga #didera nenek tiri #Jennifer Vaughn #Kaylee Robinson #Tennessee
;