Nelson Mandela pemimpin luar biasa - Cyril Ramaphosa
APTN
Februari 17, 2018 08:34 MYT
Februari 17, 2018 08:34 MYT
Presiden baharu Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa memuji dan menggelar bekas presiden Nelson Mandela sebagai pemimpin luar biasa.
Itu dilafazkannya semasa memberikan ucapan pertama sebagai presiden pada Jumaat.
Selain itu, Ramaphosa turut berjanji untuk membina sebuah masyarakat yang mempunyai hak sama rata di sisi undang-undang serta kehidupan yang lebih baik.
“Kita akan meneruskan perjalanan yang dimulakan Mandela dalam membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai hak sama rata di sisi undang-undang dan berkongsi kekayaan negara untuk kehidupan yang lebih baik,” katanya.
Ramaphosa turut mengucapkan terima kasih kepada bekas presiden Jacob Zuma atas perkhidmatannya kepada negara, namun menerima reaksi berbeza daripada warga Afrika Selatan yang menyaksikan ucapan tersebut.
Jacob Zuma meletak jawatan pada Rabu, membuka jalan untuk Ramaphosa menjadi presiden kelima Afrika sejak berakhirnya pemerintahan minoriti kulit putih pada tahun 1994.