Nelson Mandela beransur pulih
Astro Awani
Mac 30, 2013 07:25 MYT
Mac 30, 2013 07:25 MYT
Kesihatan bekas presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dilaporkan beransur pulih dan dapat bernafas dengan baik.
Menurut jurucakap kepada presiden Jacob Zuma, mengesahkan tokoh berusia 94 tahun dijangkiti pneumonia.
Sebelum ini, laporan hanya mengesah dia mengalami jangkitan paru-paru.
Dalam kenyataannya, kumpulan perubatan yang memantau dan mengawasi perkembangannya menjelaskan tokoh anti Aparteid itu memberi kesan tindak balas yang bagus dengan rawatan yang diterima.
Ia kali ketiga Mandela dimasukkan ke hospital sejak disember lalu.
Sebelum ini, beliau menerima rawatan kerana masalah yang sama dan pembedahan mengeluarkan batu hempedu.