Negara sahabat Syria janji beri bantuan

Agensi
Mac 1, 2013 08:57 MYT
Negara barat dan Arab berjanji akan memberi sokongan politik dan logistik kepada kumpulan penentang anti kerajaan Syria.
Pengumuman berkenaan dibuat sebaik perbincangan negara sahabat Syria di Rom, Itali berakhir.
Kenyataan itu turut meminta supaya bekalan senjata ke atas negara itu dihentikan bagi menamatkan segera konflik yang telah mengorban lebih 70 ribu penduduk.
Ia disifatkan sebagai keyakinan bersama dalam merangka kerjasama baru bagi menumbang kepimpinan Presiden Bashar Al Assad.
Terdahulu pentadbiran White House telah mengumumkan akan menyalurkan pelbagai bantuan termasuk senjata dan latihan ketenteraan berjumlah 60 juta dolar bagi membantu kumpulan penentang.
“Kumpulan penentang anti kerajaan Syria merupakan suara rakyat Syria yang menolak pemerintahan Bashar al-Assad, yang telah lama kehilangan legitimasi pemerintahan dan perlu melepaskan kuasanya” Kata John Kerry, Setiausaha Negara Amerika Syarikat kepada pemberita.
Sabtu lalu Pakatan Kebangsaan Syria telah mengadakan mesyuaratnya di Istanbul, Turki dalam usaha kumpulan pembangkang memilih Perdana Menteri dan membentuk kerajaan selepas kepimpinan sedia ada digulingkan.
#Bashar al-Assad #John Kerry #kumpulan penentang anti kerajaan Syria
;