MENCEMARKAN al-Quran adalah sama dengan menimbulkan kebencian agama.

Demikian disuarakan Menteri Luar Pakistan Bilawal Bhutto-Zardari dalam draf resolusi yang dikemukakan mewakili 57 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa.

Justeru, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva digesa melakukan lebih usaha dalam menangani islamophobia.

Gesaan itu dikemukakan negara-negara Islam, termasuk Iran dan Pakistan, ketika majlis itu membahaskan usul berhubung pembakaran al-Quran di Sweden.

Usul itu menyeru negara-negara untuk mengkaji semula undang-undang mereka dan menutup jurang yang mungkin "menghalang pencegahan dan pendakwaan terhadap perbuatan dan sokongan kepada kebencian agama".

Perdebatan itu menyerlahkan perpecahan dalam badan tersebut, antara OIC sebagai kumpulan negara Muslim dan blok negara Barat, yang bimbang tentang implikasi usul itu terhadap kebebasan bersuara dan cabaran yang ditimbulkan terhadap amalan tradisi perlindungan hak.

Seorang pendatang Iraq ke Sweden membakar al-Quran di luar masjid Stockholm pada 28 Jun lalu mencetuskan kemarahan di seluruh dunia Islam dan protes di beberapa bandar di Pakistan.

Menurut Bhutto-Zardari, ia mesti dilihat dengan jelas berkaitan hasutan kepada kebencian agama, diskriminasi dan cubaan mencetus keganasan.

Kenyataan itu disokong menteri-menteri dari Iran, Arab Saudi dan Indonesia yang beranggapan insiden itu sebagai tindakan Islamophobia.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi menggesa untuk henti menyalahgunakan kebebasan bersuara dan berkata tindakan berdiam diri bermakna bersubahat.

Sementara itu, duta Jerman, Katharina Stasch, mengecam tindakan itu yang disifatkan provokasi.

Duta Perancis berpendapat hak asasi manusia adalah mengenai melindungi individu, bukan agama dan simbol mereka.

Diplomat berkata rundingan sengit tidak membawa kepada kesepakatan pada Selasa dan mengharapkan undian.

Undi dijangka tidak sukar untuk diluluskan kerana negara-negara OIC membentuk 19 daripada badan 47 anggota majlis itu dan juga mendapat sokongan daripada China serta negara-negara lain.


Diplomats said intense negotiations had not led to a break through on Tuesday and expect a vote. Such a vote would almost certainly pass since OIC countries make up 19 members of the 47-member body and also have support from China and others.

U.N. Human Rights Chief Volker Turk told the council that inflammatory acts against Muslims, as well as other religions or minorities, are "offensive, irresponsible and wrong". (Reporting by Emma Farge and Gabrielle Tétrault-Farber; Editing by Emma Rumney, Editing by William Maclean)