Negara G7 bimbang tindakan Rusia ke atas Ukraine

Astro Awani
Disember 11, 2021 22:05 MYT
Setiausaha Negara AS, Antony Blinken ketika tiba bagi menghadiri mesyuarat bersama Menteri Luar negara G7 di Liverpool. - Foto AP
LIVERPOOL: Blok negara terkaya dunia menyatakan kebimbangan terhadap tindakan Rusia yang didakwa mengancam Ukraine ketika ini.
Pendirian senada ini dinyatakan ketika Menteri Luar negara G7 bermesyuarat di England pada Sabtu.
Mesyuarat kali ini yang turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat, diadakan ketika wujud kebimbangan Rusia cuba menyerang Ukraine.
Kremlin bagaimanapun menafikan sebarang tindakan provokasi berkenaan.
Setiausaha Luar Britain, Liz Truss menyifatkan aktiviti ketenteraan yang semakin meningkat di sempadan Rusia-Ukraine, sebagai satu ancaman tidak langsung.
Justeru blok G7 perlu keluarkan kenyataan konkrit berhubung isu itu.
Rusia sebelum ini menuduh Ukraine dan Amerika Syarikat menunjukkan sikap yang boleh mengancam kestabilan di rantau itu.
Sehubungan itu ia meningkatkan aktiviti tentera sebagai jaminan untuk keselamatannya sendiri.
#Rusia #Ukraine #blok G7 #tindakan ketenteraan