Negara blok barat desak Iran patuhi Perjanjian Nuklear 2015
Astro Awani
Oktober 30, 2021 06:58 MYT
Oktober 30, 2021 06:58 MYT
ROM: Empat negara blok barat desak Iran kembali mematuhi peraturan dalam perjanjian nuklear 2015, untuk elak bahaya berterusan.
Ini termasuk hentikan aktiviti pengayaan uranium kepada tahap penghasilan senjata.
Desakan ini dinyatakan Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan Britain, di sebalik sidang kemuncak G20.
Menurut Kanselor Jerman, Angela Merkel, sudah tiba masanya untuk berbincang mengenai apa yang boleh dilakukan untuk elak Iran menghasilkan senjata nuklear.
"Kami sedang memantau dan berharap Iran kembali ke meja rundingan. Tetapi masa terus berlalu dan Iran meneruskan aktiviti pengayaan uraniumnya. Ini membimbangkan kami," jelanya.
Pemimpin empat negara ini juga meminta Iran menggunakan peluang yang ada untuk kembali berunding secepat mungkin.
Status Perjanjian Nuklear 2015 jadi tidak menentu sejak bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump umum tarik diri pada 2018.
Ini menyaksikan Iran kembali meneruskan aktiviti nuklear yang didakwa mencabuli perjanjian itu.
Rundingan untuk meneruskan perjanjian itu bermula April lalu.
Namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan positif dicapai.