Negara anggota GCC ulangi sokongan kedaulatan Magribi ke atas Sahara
Bernama
Mac 4, 2024 07:45 MYT
Mac 4, 2024 07:45 MYT
RIYADH: Menteri Luar Negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Ahad menegaskan pendirian dan keputusan tidak berbelah bahagi Majlis Tertinggi GCC dalam menyokong kedaulatan Maghribi ke atas Sahara dan melindungi keamanan dan keselamatan Maghribi.
GCC turut menyokong inisiatif autonomi yang merupakan penyelesaian kepada konflik Sahara dalam kerangka kedaulatan kerajaan dan integriti negara dan wilayah, lapor Agensi Berita Maghreb Arabe Press (MAP)
Pengesahan itu dibuat pada akhir sesi kerja bersama yang menghimpunkan Sekretariat Agung GCC di Riyadh, Menteri Luar, Kerjasama Afrika dan Ekspatriat Maghribi, Nasser Bourita serta menteri-menteri Luar negara anggota Majlis Kerjasama Teluk.
Sementara itu, Setiausaha Agung GCC menekankan mengenai kepentingan kerjasama strategik antara GCC dan kerajaan Maghribi.
Pertemuan ini adalah sebahagian daripada hubungan kukuh dan perkongsian strategik yang komprehensif dan diperbaharui antara Maghribi dan negara anggota GCC yang diasaskan oleh Raja Mohammed VI dan pemimpin negara anggota GCC, sejak Sidang Kemuncak Maghribi-GCC berlangsung pada 20 April 2016 di Riyadh.
- BERNAMA