NCP nama sementara koronavirus

Asyraf Roslan
Februari 8, 2020 16:38 MYT
China mengumumkan nama sementara koronavirus (2019-nCoV) sebagai Novel Coronavirus Pneumonia atau NCP.
Suruhanjaya Kesihatan Nasional China mengumumkan nama sementara koronavirus (2019-nCoV) sebagai Novel Coronavirus Pneumonia atau NCP di sidang media pada Sabtu.
Menurut laporan South China Morning Post (SCMP), jabatan dan organisasi kerajaan China digesa menggunakan nama tersebut sehingga nama rasmi jangkitan tersebut diisytihar.
Proses penamaan virus baharu itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Antarabangsa mengenai Taksonomi virus.
Menurut laporan BBC, satu nama telah diserahkan kepada jurnal saintifik dan jawatankuasa itu berharap dapat mengumumkannya dalam masa terdekat.
Pada Jumaat, wabak koronavirus telah meragut 86 nyawa di China dan lagi 3,399 penambahan kes. Ia menjadikan jumlah kes yang disahkan di negara itu kepada lebih 34,000 orang.
#China #kesihatan #koronavirus #NCP #novel coronavirus pneumonia #penamaan virus baharu
;