Nawaz Sharif dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun
Astro Awani
Disember 25, 2018 11:58 MYT
Disember 25, 2018 11:58 MYT
Tribunal anti rasuah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun pada Isnin terhadap bekas perdana menteri Pakistan Nawaz Sharif atas kesalahan rasuah.
Sebelum ini, Sharif dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun Julai lalu namun dibebaskan dengan ikat jamin pada September.
Sharif yang memegang jawatan tersebut sebanyak tiga penggal sebelum ini dituduh memiliki aset di luar negara, termasuk pangsapuri mewah di London.
Bagaimanapun, bekas pemimpin berusia 69 tahun itu menafikan sebarang tuduhan dan bertegas bahawa kesemua aset luar negara tersebut adalah milik anak-anaknya.
Sebelum keputusan tribunal itu dibuat, pergaduhan terjadi antara penyokong Sharif dan pihak polis di Islamabad di mana beberapa wanita dilihat menangis dan melaungkan slogan.
Anak Sharif, Maryam Nawaz, pernah menyatakan bapanya dihukum kerana menentang "kuasa yang tidak dapat dilihat," merujuk kepada pasukan tentera.
Menerusi beberapa posting di akaun Twitter-nya pada Isnin, Maryam berkata rakyat Pakistan berdiri di belakang bapanya.
#aset
#London
#Nawaz Sharif
#Pakistan
#penjara
#penyokong
#Perdana Menteri
#polis
#Rasuah
#tribunal anti rasuah
#wanita