Nawaz Sharif akan tubuhkan kerajaan baru Pakistan

Astro Awani
Mei 12, 2013 14:34 MYT
Nawaz Sharif dijangka akan menubuhkan sebuah kerajaan Pakistan setelah mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya yang baru berlalu.
Namun, kemenangan itu juga membawa beliau kepada ujian berat dalam menubuhkan sebuah kerajaan kesatuan yang juga akan menbasmi segala permasalahan besar negara itu.
Keputusan undi tidak rasmi menunjukkan calon yang ditumbangkan ketika rampasan kuasa tentera pada 1999 itu berjaya mengejar semula kiraan undian dimana 60 peratus dari 86 juta pengundi di Pakistan keluar mengundi, walaupun hari pengundian dicemari dengan kes serangan yang mengakibatkan 24 orang maut.
#Nawaz Sharif #Pakistan #pilihan raya
;