Navalny gesa boikot pilihan raya Mac depan

APTN
Disember 30, 2017 05:03 MYT
Navalny melalui kemaskini Twitter menggesa pengundi untuk memboikot pilihan raya tersebut (foto: REUTERS/Tatyana Makeyeva)
Ketua Pembangkang Rusia, Alexei Navalny, menolak keputusan mahkamah tertinggi Rusia yang mengekalkan keputusan menghalangnya daripada bertanding dalam pilihan raya pada Mac ini.
Susulan daripada keputusan mahkamah itu, Navalny melalui kemaskini Twitter menggesa pengundi untuk memboikot pilihan raya tersebut.
Keputusan mahkamah itu dijangka menamatkan cita-cita politik Navalny yang ingin menghapuskan penyelewengan dan rasuah jika dilantik menjadi Presiden Rusia.
Navalny sebelum ini berkempen di serata Rusia selama setahun untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai calon Presiden Rusia.
Navalny pada 2014 didapati bersalah dalam kes penyelewengan dan Suruhanjaya Pilihanraya Rusia menggunakan alasan itu untuk membatalkan pencalonan Navalny.
Navalny mendakwa kes tersebut adalah bersifat politik.
Presiden Rusia, Vladimir Putin dijangka akan menang mudah untuk memasuki penggal keempat dengan 80 peratus sokongan popular dalam tinjauan.
#2014 #Alexei Navalny #calon #mahkamah #pembangkang #pilihan raya #politik #presiden #Rasuah #Rusia #Twitter #Vladimir Putin
;