NATO peluas peranannya sebagai penasihat di Iraq

Bernama
Ogos 18, 2023 21:00 MYT
NATO sedang meluaskan misinya untuk menyokong pasukan keselamatan di Iraq, menurut pakatan pertahanan Barat yang dianggotai 31 negara itu pada Khamis. - Gambar fail/AP
BRUSSELS: NATO sedang meluaskan misinya untuk menyokong pasukan keselamatan di Iraq, menurut pakatan pertahanan Barat yang dianggotai 31 negara itu pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kumpulan itu menjadi penasihat kepada Kementerian Dalam Negeri Iraq dan kepimpinan polis selain membantu dalam pembangunan kapasiti.
Matlamat utama misi NATO di Iraq yang dilancarkan pada 2018 adalah untuk menghalang kebangkitan semula militia pengganas Daish, selain melatih jurulatih tentera Iraq.
Jerman juga turut serta dalam misi itu.
Askar Bundeswehr baru-baru ini ditempatkan sebagai penasihat di sekolah tentera kereta kebal, selain memperkenalkan simulator.
-- BERNAMA
#NATO #pasukan keselamatan #Iraq #perluas peranan
;