Natasa Pirc Musar Presiden wanita pertama Slovenia

Faida Rahim
November 14, 2022 16:29 MYT
Merupakan seorang peguam yang bertanding sebagai calon bebas di Slovenia, Pirc mengalahkan bekas Menteri Luar, Anze Logar yang merupakan seorang veteran politik konservatif. - Reuters
LJUBLJANA: Natasa Pirc Musar dipilih sebagai Presiden kelima Slovenia sekali gus bergelar Presiden wanita pertama negara itu.
Merupakan seorang peguam yang bertanding sebagai calon bebas di Slovenia, Pirc mengalahkan bekas Menteri Luar, Anze Logar yang merupakan seorang veteran politik konservatif.
“Slovenia telah memilih Presiden yang percaya kepada Kesatuan Eropah (EU) dalam nilai demokrasi di mana EU diasaskan.
“Dunia menghadapi masa yang sukar kerana perubahan iklim. Golongan muda kini meletakkan tanggungjawab di atas bahu politik kita untuk menjaga planet kita supaya generasi akan datang hidup dalam persekitaran yang sihat dan bersih,” kata Pirc Musar selepas kemenangannya.
Berdasarkan keputusan pengiraan 98.29 peratus undi, Pirc Musar mendapat 54.03 peratus, manakala Logar 45.96 peratus. Pusingan kedua pemilihan berlangsung pada Ahad, 13 November, dengan peratusan keluar mengundi 45.97 peratus.
Presiden Slovenia semasa, Borut Pahor, telah berkhidmat dua penggal dan mengikut perlembagaan negeri, dia tidak lagi boleh dipilih.
Pirc Musar akan menjadi Ketua Komander Angkatan Tentera dan juga mencalonkan beberapa pegawai atasan termasuk Gabenor Bank Pusat.
Beliau pernah berkhidmat sebagai peguam untuk melindungi kepentingan Melania yang dilahirkan di Slovenia ketika suaminya, Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS).
#Amerika Syarikat #Slovania #presiden #Natasha Pirc Musar
;