Nasib dua warga Malaysia masih belum diketahui
Astro Awani
Januari 18, 2013 08:00 MYT
Januari 18, 2013 08:00 MYT
Kira-kira 600 pekerja tempatan dan empat pekerja asing yang ditahan sebagai tebusan oleh sekumpulan militan di kompleks pemprosesan gas di in Amenas, Algeria diselamatkan oleh tentera negara itu.
Bagaimanapun, nasib dua rakyat malaysia iaitu K. Ravi, 48 tahun dari Pulau Pinang dan Lau Seek Siang, warga Sarawak masih belum diketahui.
Mereka bukan antara yang tersenarai dalam kumpulan yang dibebaskan hasil operasi menyelamat itu.
Agensi berita tempatan, APS melaporkan, kesemua pekerja rakyat tempatan itu dibebaskan selepas tentera Algeria melancarkan operasi darat dan udara untuk menggempur kompleks berkenaan bagi membebaskan tebusan.
Tentera juga mengumumkan bahawa operasi itu berjalan dengan lancar dan mencapai misinya.
Turut dibebaskan, empat pekerja asing iaitu dua rakyat Britain dan masing-masing seorang dari Perancis dan Kenya.