NASA hantar bekalan kepada angkasawan di makmal angkasa lepas

Agensi
Mei 21, 2018 21:45 MYT
Sesi pelepasan tersebut dapat dilihat sejauh New England ke Carolinas dan dari Pittsburgh dan Charlotte. - Foto Aubrey Gemignani/NASA via AP
Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA) Amerika Syarikat pada Isnin menerbangkan lebih 3,300 kilogram bekalan makanan ke makmal orbit Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.
Bekalan tersebut dihantar menggunakan kapal pengangkut utamanya Orbital ATK dan berlepas dari tapak pelepasan kapal angkasa di Wallops Island, Virginia.
Sesi pelepasan tersebut dapat dilihat sejauh New England ke Carolinas dan dari Pittsburgh dan Charlotte.
Penghantaran dijangka tiba di makmal orbit pada Khamis.
Antara bekalan yang dihantar adalah peralatan untuk perjalanan di angkasa bulan depan, serta komputer dan bekalan untuk enam angkasawan
Ketika stesen angkasa tersebut didiami tiga angkasawan Amerika Syarikat, dua dari Rusia dan seorang dari Jepun.
Tiga daripada mereka dijangka kembali ke bumi pada awal Jun dan akan digantikan dengan tiga angkasawan dari Kazakhstan.
Makmal yang diberi nama Cygnus tersebut menjalankan kajian pencampuran simen dan menjalankan penyelidikan ruang penyejukan atom dari Makmal Jet Propulsion NASA yang menggunakan laser untuk mendapatkan suhu lebih sejuk daripada ruang sedia ada.
#Amerika Syarikat #Angkasa #angkasawan #bekalan makanan #NASA #Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara #Rusia
;