NASA dedah warna sebenar planet Pluto
Sinar Harian
November 28, 2022 08:00 MYT
November 28, 2022 08:00 MYT
NEW YORK: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) berkongsi imej planet Pluto yang diambil oleh Agensi Angkasa Antarabangsa New Horizon.
Menurut NASA, gambar tersebut diambil pada jarak 35,445 kilometer dari planet Pluto.
Gambar ini menunjukkan warna sebenar planet Pluto termasuk 'jantung' planet kerdil iaitu glasier sebesar Texas dan Oklahoma yang mengandungi nitrogen dan metana," kata agensi itu.
Pada awalnya, NASA menyiarkan gambar lain planet Pluto yang diambil New Horizon.
Pluto ditemui pada tahun 1930-an dan dianggap planet kesembilan dalam sistem suria. Bagaimanapun pada tahun 2006, ia diklasifikasikan sebagai planet yang kerdil.
Pada tahun 2019, NASA memberikan misi lanjutan kepada New Horizon yang memastikan kapal angkasa itu beroperasi sehingga 2025. - Sinar Harian memetik laporan agensi