Nasa dedah rancangan 'berani mati', mahu 'sentuh' matahari

Sinar Harian
Ogos 10, 2018 15:01 MYT
Projek yang menelan kos AS$1.5 bilion (RM6.12 bilion) itu bertujuan untuk mengkaji bahagian luar matahari.
Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Antarabangsa (Nasa) menggariskan rancangan berani mati untuk 'menyentuh' matahari menjelang pelancaran misi selama tujuh tahun itu dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida pada awal pagi esok.
Menurut saintis, kapal angkasa digelar Parker Solar Probe itu akan terbang pada jarak 6.16 juta kilometer dari permukaan matahari.
Projek yang menelan kos AS$1.5 bilion (RM6.12 bilion) itu bertujuan untuk mengkaji bahagian luar matahari.
Peralatan Parker Solar Probe juga akan memaparkan medan magnet yang kuat pada matahari serta aliran zarah bermuatan elektrik yang sentiasa dilepaskan ke angkasa dalam ledakan letupan dan mekanisme yang mempercepatkan zarah kepada halaju ekstrem.
Difahamkan, matlamat utamanya adalah untuk memahami dan dapat meramalkan tingkah laku angin solar yang mencetuskan paparan aurora pada bumi dan kadang kala mencetuskan gangguan pada grid kuasa serta satelit. - Agensi
#Angkasa Lepas #angksawan #AS #Matahari #NASA
;