NASA bangunkan sistem rel terapung di permukaan bulan
Amanz
Mei 10, 2024 13:00 MYT
Mei 10, 2024 13:00 MYT
SEBELUM Marikh boleh diteroka, bulan akan menjadi lokasi eksperimen markas manusia di angkasa lepas.
Misi Artemis ke bulan diharap menjadi batu loncatan untuk manusia akhirnya tinggal selain daripada di bumi.
Untuk menyokong penempatan di bulan, NASA telah menyumbang dana kepada pembangunan sistem rel terapung di permukaan bulan.
Projek Flexible Levitation on a Track (FLOAT) membabitkan pembangunan sistem rel terapung yang tidak memerlukan manusia untuk beroperasi menjelang 2030.
Rel untuk FLOAT hadir dalam bentuk gegelung yang dibuka apabila diperlukan. Robot-robot swapandu akan terapung menggunakan daya tolakan magnet dengan setiap satunya boleh membawa kargo sehingga 30 kilogram.
Dengan FLOAT sampel batuan dan galian bulan boleh dihantar ke markas untuk ujian secara swapandu.
Ia juga akan digunakan untuk menghantar bekalan kargo dari tapak pendaratan ke markah. FLOAT ialah salah satu daripada enam projek konsep yang menerima dana NASA untuk menjadikannya realiti. - Amanz