Nancy Pelosi enggan ulas lawatan ke Taiwan

Astro Awani
Julai 30, 2022 08:00 MYT
Dalam sidang akhbar mingguannya, Pelosi memberitahu media, Presiden Joe Biden mahu penekanan kuat diberikan terhadap Asia Pasifik. - Foto REUTERS
WASHINGTON DC: Speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat, Nancy Pelosi enggan ulas sama ada beliau akan ke Taiwan semasa lawatan ke Asia bulan depan.
Langkah membisu itu juga sebagai langkah keselamatan buat dirinya dan delegasi.
Dalam sidang akhbar mingguannya, Pelosi memberitahu media, Presiden Joe Biden mahu penekanan kuat diberikan terhadap Asia Pasifik.
"Saya tidak pernah bercakap tentang perjalanan saya kerana seperti yang anda tahu, ia adalah isu keselamatan. Ia adalah isu keselamatan bagi setiap Ahli Kongres yang mengembara terutamanya ke luar negara.
"Tetapi bagi Speaker, ia adalah isu keselamatan tambahan dan bagi mereka yang mengembara bersama saya," katanya.
Berita mengenai kemungkinan Pelosi akan mengadakan lawatan ke Taiwan mencetuskan spekulasi tentang jangkaan tindak balas diplomatik ketenteraan China.
Namun bagi Taiwan, sekiranya lawatan itu dilakukan, ia adalah titik persengketaan terbaharu dalam situasi yang tegang pada ketika ini.
Presdien Xi Jinping memberi amaran supaya Amerika Syarikat tidak campur tangan dalam urusan China dan Taiwan semasa panggilan telefon bersama Presiden Biden.
BACA: Biden, Jinping bincang perkukuh hubungan
Seruan itu tidak memberi petunjuk tentang kemajuan perdagangan dan teknologi atau sebarang sengketa.
#Nancy Pelosi #lawatan #Taiwan #Joe Biden
;