'Nampak cantik tapi boleh membunuh' - Makmal AS papar imej baharu COVID-19

Aza Jemima Ahmad
Februari 17, 2020 03:03 MYT
Kompilasi imbasan mikroskop koronavirus oleh NIAID -Flickr, NIAID
COVID-19 yang sedang aktif merebak telahpun mengorbankan lebih 1,700 nyawa setakat ini.
Ahli sains di seluruh dunia bertungkus-lumus memahami asal-usul virus famili korona ini sejak penularan wabak pada Januari lalu.
Pada 11 Februari, pakar-pakar di Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIAID) di Montana, Amerika Syarikat telah memuat naik sebuah galeri yang mengandungi imej terbaharu koronavirus menggunakan pelbagai jenis mikroskop pengimbas elektron.
Menurut laman rasmi NIAID, sampel imej koronavirus SARS-CoV-2 (yang dahulu dikenali sebagai 2019-nCoV) ialah sebahagian daripada kajian di Regional Medical Laboratory (RML).
Berikut beberapa hasil imbasan makmal COVID-19:
Imbasan mikroskop elektron ini menunjukkan SARS CoV-2 (kuning), penyebab COVID-19. 


Sampel diambil daripada pesakit di Amerika Syarikat.
Imbasan mikroskop elektron ini menunjukkan SARS-CoV-2 (jingga).
Ia diambil daripada seorang pesakit di Amerika Syarikat.
Zarah muncul dari bahagian bawah sel yang dikultur di makmal daripada sampel yang diambil daripada seorang pesakit di Amerika Syarikat.
Bucu di bahagian luar zarah virus inilah yang memberikan koronavirus namanya kerana bentuk bucunya yang tajam seperti mahkota.
BACA: COVID-19: Hubei rekod 1,933 kes jangkitan, 100 kematian baharu
#2019-nCoV #Ahli sains #COVID-19 #imej terbaharu #Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan #koronavirus #NIAID #SARS-COV-2 #virus