"Nama saya Kovid, saya bukan virus"

Agensi
Januari 10, 2022 12:15 MYT
Kovid Kapoor sangat bersyukur dengan nama yang diberikan oleh ibunya dan tidak akan mengubahnya kerana ia menyimpan makna yang sangat indah. - Gambar TWITTER
APA ada pada nama? Bagi seorang pengasas start-up pelancongan India, Kovid Kapoor, nama telah menjadikannya sensasi di media sosial.
Profil Twitter lelaki berusia 31 tahun itu berbunyi 'Nama saya Kovid dan saya bukan virus'.
Dia menceritakan pengalamannya mengembara ke luar India buat kali pertama sejak bermulanya wabak itu "dan ramai yang terhibur dengan nama saya".
“Perjalanan ke luar negara akan datang pasti lebih menyeronokkan!” katanya dalam ciapan yang telah menerima lebih 40,000 tanda suka pada Jumaat.
Kovid merupakan nama yang sangat luar biasa di India, bermaksud seorang yang cerdik atau individu terpelajar dalam bahasa Hindi dan Sanskrit, dengan huruf 'd' disebut tanpa penekanan atau bunyi yang lembut.

So! Since the last thread got sooo viral - and I feel like a mini-celeb now - thought I'll share a bunch of funny names related incidents.

— Kovid Kapoor (@kovidkapoor) January 5, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketika dunia dilanda COVID-19, Kapoor berhadapan dengan pelbagai situasi pelik namun menganggapnya sebagai pengalaman menarik.
Semasa rakannya memesan kek hari jadi untuk Kapoor, pekerja di kedai kek menganggap rakan Kapoor telah tersalah ejaan dan membetulkan ejaan Kovid menjadi Covid.
Kapoor juga tidak mempunyai masalah untuk memulakan perbualan dalam pertemuan perniagaan sejak permulaan wabak itu.
Namun dia terpaksa memberitahu pekerja di kafe untuk tidak mengumumkan namanya apabila menyerahkan minuman.
"Saya selalunya menggunakan nama palsu sekarang", katanya di Twitter.
Walaupun begitu, Kapoor berkata dia bersyukur dengan nama yang diberikan oleh ibunya itu.
"Ia adalah nama yang tidak dapat dilupakan dan mempunyai makna yang indah. Saya tidak akan mengubahnya,"katanya.
#Kovid Kapoor #media sosial #India #COVID-19 #nama
;